Surah Az-Zumar (39), Ayat 63
Mafhum Ayat: Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan ALLAH yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling rugi.
Dikhabarkan bahawa syaidina Uthman Ibnu Affan r.a pernah meminta penjelasan lanjut berrkenaan firman Allah SWT tentang "Maqalalad As-Samawi Wal-Ard" (Kunci Langit Dan Bumi) ini dari Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah SAW telah bersabda katanya; "Kamu bertanya kepadaku wahai Uthman, soalan yang belum pernah ditanyakan kepadaku oleh sesiapapun sebelum kamu. Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi itu adalah sepertimana ayat berikut:-
Maksud: "Tiada Tuhan melainkan ALLah, ALLAH Maha Besar, Maha Suci ALLah, Segala puji bagi ALLAH, aku memohon ampun kepada ALLAH yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Awal, Yang Rahsia Doa Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan BumiAkhir, Yang Zahir, Yang batin, Yang MengHidupkan dan Yang MeMatikan, dan Dia Maha Hidup Tanpa Mati. bagiNya segala KeBaikan dan Dia Maha Berkuasa atas seala sesuatu." "Wahai Uthman!. Kalau kamu mampu, janganlah kamu tinggal dari membacanya setiap hari. Kamu akan masuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan