SnS Wellness Healing Services

Peta ke alamat SnS Wellness Healing Services (Double click petak kecil dalam peta).

Share

Wavy Text Generator - MySpace Layouts

Glitter Text Maker

.................. Dari Fly-Over Bulatan Pujut masuk ke Miri/Bintulu By-Pass, kemudian masuk Pujut Padang Kerbau. Simpang pertama sebelah kiri, selepas SK Agama Miri adalah Jln Pujut Batu 1. Jarak 200 meter dari Jln Tjg Batu 1 adalah Jalan Tanjung Batu 2. Sebelum sampai Masjid Annur masuk kiri ke alamat dibawah:- ..............................................................
Lot 248, Jalan Tanjung Batu 1A, Jalan Tanjung Batu 2, Jalan Pujut Padang Kerbau, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia ............http://urutdanbekam-saninan.blogspot.com,atau e-mail: saninansns@gmail.com, atau jejakjemari_59@yahoo.com ...
................................................................ Traditional Malay Massage and Blood-cupping............................................................................... Modern living places a variety of stresses on our bodies that can result in physical discomfort. We specialize in achieving natural, healthy relief from pain and discomfort using a variety of traditional Malay massage techniques. We have exprience using trigger point massage. It is a deep tissue massage using the thumbs to improve blood circulation. Traditional massage can helped to improves vitality, restores muscle tone, detoxifies the body and stimulate new cell growth.
b2ca589cd9

Make Glitter Text

Wahai Kalian seKalimah denganKu, Saudara-Saudari, Muslimin dan Muslimat, Budiman dan Budiwati..Para Pelayar Internet, yang diHormati juga diSegani, Bijak lagi Pandai, diKayai sifat-sifat Mahmudah diAnugerahi keMuliaan diLebihi keSempurnaan, keHebatan dan KeUnggulan.

Dengan Rasa Rendah diri Suka Saya mengUcapkan Selamat menZiarahi seSawang saya yang Tidak seBerapa ini.

Bacalah apa yang seAdaNya, copy dan paste diIzinkan. Tak perlu Mohon Izin dari saya. Semua Percuma begitu pesan yang punya Asal. Dengan Yakin saya perCaya diSini ada seSuatu Yang saudaraKu yang Budiman dan saudariKu Yang Budiwati Cari.

CariLah apa Yang Perlu diCari kerana diSini banyak yang berGuna untuk diKongsi BerSama.

SeMoga seSawang ini menJadi GateWay anda untuk menemui Saya, mengenali siapa Saya, apa keGiatan saya, seKaligus apa yang dapat saya Sumbangkan untuk Anda, Keluarga Anda, Sahabat serta Taulan Anda yang mungkin berPotensi meMerlukan perKhidmatan kami.


Saya berHarap budiMan Dan budiWati berPuas Hati dengan kanDungan seSawang ini.
Salam Ukhwah saya UcapKan kePada Kalian. Semoga kita semua senantiasa berAda dalam PerLindunganNya, Sihat wal-Afiat serta diBerkati Ilahi, diRahmatiNya dan berWujud di dalam keRedhaanNya.

Jazakallaahu Khoiron Katsiiro, Wabaarokallaahu Fiikum, Wabillaahi Taufiq Wa Hidayah,


WASSALAAMU'ALAIKUM WAROHMATULLAAHI WABAROKAATUH.

Rabu, 9 Mac 2011

KeUtamaan KeSihatan

Keutaamaan Kesihatan

Kepentingan Memelihara Tubuh Badan Yang Sihat Dan Kuat.

Hadith-Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“ALLAH lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah’. Riwayat Muslim.

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu". Riwayat Bukhari.

Agama ISLAM juga meletakkan KeSihatan dan KeSejahteraan sebagai sesuatu yang paling BerHarga, pada Nilai yang paling tinggi di tempat yang pertama, selepas KeIslaman Dan KeImanan. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

"Mintalah kepada ALLAH Nikmat KeSihatan dan KeSejahteraan, kerana sesungguhnya tidak ada Nikmat yang lebih baik dari Nikmat Islam Dan Iman (Menjadi Seorang Muslim Yang Beriman) melainkan Nikmat Kesihatan Dan KeSejahteraan". Riwayat Ibnu Majah.

*MenDoakan KeSejahteraan Kepada Saudara Muslim Yang Lain Adalah Antara Ibadat Sunat Yang Sangat Dituntut (SUNAT MUAKAD). Manakala, Sebaliknya MenDoakan Kembali Kepada Saudara Muslim Yang MenDoakan KeSejahteraan Kepada Diri Kita Pula, MenJadi WAJIB Hukumnya. Yakni Doa Dengan Memberi/Mengucapkan SALAM, Assalaamu'alaikum Warohmatullaahi Wabarokaatuh = KeSejahteraan Buat Dirimu Dan Rahmat ALLAH Serta Barokah DariNya. WAJIB DiBalas Kembali Dengan Wa'alaikumussalam Waromatullaahi Wabarokaatuh = KeSejahteraan Juga Buat Dirimu Dan Rahmat ALLAH Serta Barokah DariNya. Begitu Besar Sekali Kaifiyat Dan Hukum Berkenaan MenDoakan KESEJAHTERAAN Kepada SeSama Muslim.
1. Islam amat peka terhadap pembangunan aspek jasmani manusia agar proses transformasi yang dilakukan dapat melahirkan manusia yang seimbang, berilmu, berakhlak dan sihat seterusnya dapat melakukan tugas sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi dengan baik dan sempurna.

2. Apabila seseorang Muslim itu sihat bermakna ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Allah S.W.T serta tanggungjawab lain yang diamanahkan oleh manusia kepadanya sama ada dalam sesebuah organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga, masyarakat atau pemerintahan.

3. Kekuatan jasmani bererti seseorang itu memiliki daya ketahanan badan melawan penyakit. Oleh itu dikatakan bahawa mencegah penyakit itu adalah jauh lebih baik dan lebih mudah daripada merawat. Namun kita harus ingat bahawa sakit dan sihat adalah anugerah Allah S.W.T dan kita harus bersyukur apabila dianugerahkan dengan kesihatan tubuh badan dan tidak mengeluh sekiranya diuji dengan sesuatu jenis penyakit kerana ia merupakan ujian daripada Allah S.W.T sebagai kaffarah bagi dosa yang dilakukan.

4. Pepatah Arab menyebutkan:”Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat”. Ini adalah kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan sekaligus meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim.

Rasulullah SAW Lebih Menyukai Umatnya Yang Sihat Dan Kuat. Baginda Nabi SAW Menggalakkan Umatnya Bersukan Dan Berolah Raga.

Sabda Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW, "Sesungguhnya, kebanyakan dari aktiviti waktu lapang umatku akan terbazir (disia-siakan) begitu sahaja, melainkan dengan 4 Perkara (Amalan), yakni bergaul mesra sesama Suami Isteri, Berlatih Memanah, Berkuda & BELAJAR BERENANG (MEMAHIRKAN DIRI BERENANG)." - Mafhum Hadis Sahih (Riwayat At-Tabrani).

Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:

”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara yang lain - keadaan hidupmu sebelum datangnya maut, keadaan lapangmu sebelum datangnya kesibukan, keadaan kayamu sebelum datangnya kemiskinan, keadaan mudamu sebelum datangnya tua dan keadaan sihatmu sebelum datangnya sakit.”

Perlukah kita menjaga kesihatan ketika masih muda?

Berapa banyakkah wang yang kita belanjakan demi kesihatan?

Berapa banyak pula masa yang kita peruntukkan untuk kesihatan?

Berapa banyak pula usaha kita untuk memastikan kita sentiasa sihat?

Jawapannya pasti berbeza antara satu sama lain.

Mungkin ada yang berpandangan, kesihatan adalah sesuatu yang susah untuk diukur. Ada sesetengah orang nampak ‘sihat’ tapi sebenarnya ‘sakit’. Ada pula yang kelihatan ‘sakit’ tapi sebenarnya ‘sihat’.

Apapun pandangan kita, kesihatan adalah sesuatu yang boleh dijaga, diramal dan diukur. Teknologi hari ini memungkinkan kita melakukan beberapa amalan pencegahan dalam mengekalkan kesihatan. Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali tua dan mati.

Namun dalam persoalan kesihatan ini, ada beberapa perkara yang tidak boleh kita nafikan iaitu:

1. Sihat itu nikmat. Hayatilah hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam seperti di atas. Betapa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah mengingatkan peri pentingnya kesihatan. Apabila kita sihat, mudah untuk kita beramal. Apabila kita sihat, mudah untuk kita melakukan pelbagai kebaikan, menuntut ilmu, mencari rezeki dan melakukan amar makruf nahi mungkar. Sayang sekali, ramai antara kita tidak menyedari bahawa sihat itu satu nikmat hinggalah kita jatuh sakit!

2. Setiap nikmat perlu dijaga. Yang dinamakan nikmat itu adalah satu anugerah. Maka jagalah ia. Namun berapa ramai antara kita yang menjaga kesihatan? Atau kita biarkan sahaja masa, keadaan dan alam yang menentukan. Bagi kita selagi kita boleh bernafas dan setiap anggota tubuh kita berfungsi dengan baik, kita sudah menganggap diri kita sihat.

3. Apabila kita kata kesihatan itu satu nikmat, bersyukurlah. Bersyukur perlu dilafazkan dan dijelmakan dengan perbuatan. Ia bukan sekadar bisikan dalam hati. Sebagai tanda kesyukuran di atas tubuh yang sihat, kita menjaga ‘kebajikan’ tubuh kita secara fizikal, mental, emosi dan spiritual. Atas dasar syukur, tubuh yang sihat tidak boleh digunakan untuk apa-apa perkara dan tujuan yang merupakan penderhakaan kepada yang Maha Pemberi kesihatan itu, yakni Allah. Tubuh yang sihat adalah untuk berbakti kepada Tuhan, insan dan alam, bukan yang sebaliknya.


4. Melaburlah demi kesihatan. Pelaburan demi kesihatan bukanlah sesuatu yang merugikan. Memang benar jika kita berbelanja untuk kesihatan, kita tidak akan menikmati hasilnya dalam bentuk material yakni wang atau harta benda. Tetapi pelaburan untuk kesihatan adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Kalau tidak percaya, tanyalah pada yang diuji dengan sakit dan penyakit. Pasti mereka boleh memberikan tazkeerah agar kita lebih mengerti untung rugi melabur untuk kesihatan. Sebabnya, kos mengubati biasanya jauh lebih besar daripada kos pencegahan.

5. Kesihatan adalah hak setiap insan. Setiap insan berhak untuk sihat dan bahagia. Ia bukan milik orang-orang tertentu sahaja. Ia milik semua bergantung kepada Allah subhanahu wataala. Allah yang akan menentukan untuk siapa nikmat itu akan diberi. Bukan orang kaya sahaja yang berhak hidup sihat. Orang yang sederhana kaya atau miskin juga berhak memilikinya. Kadang-kadang orang yang kurang hartanya lebih sihat daripada yang kaya-raya dan berharta. Yang pasti, setiap insan mesti berusaha dan berdoa untuk sihat.

6. Untuk sihat ada berbagai-bagai kaedah. Dari pemakanan hingga senaman, ada banyak cara untuk kita mengekalkan kesihatan. Makanan yang mahal tidak semestinya menyihatkan! Ulam-ulaman yang dipungut dibelakang rumah kadangkala lebih berzat dan menyihatkan. Yang pasti ada banyak makanan yang menyihatkan di samping yang merosakkan. Selain makanan ialah aktiviti-aktiviti untuk menjadikan kita sentiasa sihat dan cergas seperti aktiviti riadah dan rekreasi.

7. Sihat ertinya cantik, cantik ertinya sihat. Kalau ingin kelihatan cantik, tentulah kena sihat terlebih dahulu. Ada ramai wanita hari ini sanggup mengabaikan kesihatan demi kecantikan. Untuk mengetahui lebih lanjut, dapatkan maklumat daripada ‘Persatuan Pengguna Negeri Pulau Pinang’ melalui www.cap.org.my. Dalam bab cantik dan sihat ini, bagi yang berkemampuan, sekali-sekala manjakanlah diri dengan mengunjungi spa yang menawarkan khidmat demi kecantikan dan kesihatan. Bukan hendak berkempen, cuma mencadangkan salah satu cara. Banyak lagi caranya, mengikut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

8. Halal dan haram perlu dijaga. Sekalipun ingin sihat, makanlah rezeki yang halal. Jika kita membeli makanan yang halal menggunakan duit yang haram, haram juga hasilnya. Begitu juga halnya jika kita membeli makanan yang haram dengan duit yang halal, mungkinkah tubuh kita akan sihat? Selain daripada itu, jauhilah benda-benda haram seperti rokok, dadah dan arak yang pasti akan merosakkan tubuh mudamu. Seperkara lagi, jika kita beriadah dan berekreasi sambil membuka aurat, bolehkah kesihatan itu menjadi satu nikmat yang membawa keberkatan? Ada banyak cara yang halal bagi memastikan kita sihat.

9. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Pepatah ini memang ada benarnya. Oleh itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu bagi memeriksa tahap kesihatan kita dari semasa ke semasa. Tubuh kita unik dan penuh rahsia. Kadangkala kita tidak sedar kita telah merosakkannya secara perlahan-lahan. Dengan pemeriksaan sebegini, ia adalah satu usaha untuk kita menganalisis andainya ada sesuatu terjadi pada tubuh kita tanpa kita sedari.

10. Firman Allah SWT: "Makanlah, minumlah, dan jangan berlebih-lebihan..."(Al-A'raf:31). Sabda Rasulullah SAW.: "Perut adalah rumah segala penyakit, dan penjagaan atas makanan adalah permulaan pengubatan". Sabda Rasulullah SAW lagi: "Anak-anak Adam sangat berlebihan memenuhi isi perutnya. Padahal yang diperlukannya hanya sekadar penyangga tulang rusuknya. Kalaupun harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumnya dan spertiga lagi untuk pernafasannya.

Kesimpulannya, jadilah Seorang Muslim (Mu'min The Better) yang sihat dan kuat sebagaimana yang dipesan oleh baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Sungguh banyak hikmah dan nikmat di sebalik tubuh yang sihat dan kuat. Bahkan, Muslim yang kuat lebih dikasihi oleh Allah.

Sementara itu, bagi kita yang diuji dengan sakit dan penyakit, bersyukur dan bersabarlah. Sesungguhnya pemuda-pemudi Muslim yang bertakwa itu bersyukur apabila dikurniakan nikmat dan bersabar apabila diuji dengan kesakitan dan kepedihan. Sihat dan sakit, kedua-duanya tanda Allah kasihkan kita!

Tiada ulasan: