SnS Wellness Healing Services

Peta ke alamat SnS Wellness Healing Services (Double click petak kecil dalam peta).

Share

Wavy Text Generator - MySpace Layouts

Glitter Text Maker

.................. Dari Fly-Over Bulatan Pujut masuk ke Miri/Bintulu By-Pass, kemudian masuk Pujut Padang Kerbau. Simpang pertama sebelah kiri, selepas SK Agama Miri adalah Jln Pujut Batu 1. Jarak 200 meter dari Jln Tjg Batu 1 adalah Jalan Tanjung Batu 2. Sebelum sampai Masjid Annur masuk kiri ke alamat dibawah:- ..............................................................
Lot 248, Jalan Tanjung Batu 1A, Jalan Tanjung Batu 2, Jalan Pujut Padang Kerbau, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia ............http://urutdanbekam-saninan.blogspot.com,atau e-mail: saninansns@gmail.com, atau jejakjemari_59@yahoo.com ...
................................................................ Traditional Malay Massage and Blood-cupping............................................................................... Modern living places a variety of stresses on our bodies that can result in physical discomfort. We specialize in achieving natural, healthy relief from pain and discomfort using a variety of traditional Malay massage techniques. We have exprience using trigger point massage. It is a deep tissue massage using the thumbs to improve blood circulation. Traditional massage can helped to improves vitality, restores muscle tone, detoxifies the body and stimulate new cell growth.
b2ca589cd9

Make Glitter Text

Wahai Kalian seKalimah denganKu, Saudara-Saudari, Muslimin dan Muslimat, Budiman dan Budiwati..Para Pelayar Internet, yang diHormati juga diSegani, Bijak lagi Pandai, diKayai sifat-sifat Mahmudah diAnugerahi keMuliaan diLebihi keSempurnaan, keHebatan dan KeUnggulan.

Dengan Rasa Rendah diri Suka Saya mengUcapkan Selamat menZiarahi seSawang saya yang Tidak seBerapa ini.

Bacalah apa yang seAdaNya, copy dan paste diIzinkan. Tak perlu Mohon Izin dari saya. Semua Percuma begitu pesan yang punya Asal. Dengan Yakin saya perCaya diSini ada seSuatu Yang saudaraKu yang Budiman dan saudariKu Yang Budiwati Cari.

CariLah apa Yang Perlu diCari kerana diSini banyak yang berGuna untuk diKongsi BerSama.

SeMoga seSawang ini menJadi GateWay anda untuk menemui Saya, mengenali siapa Saya, apa keGiatan saya, seKaligus apa yang dapat saya Sumbangkan untuk Anda, Keluarga Anda, Sahabat serta Taulan Anda yang mungkin berPotensi meMerlukan perKhidmatan kami.


Saya berHarap budiMan Dan budiWati berPuas Hati dengan kanDungan seSawang ini.
Salam Ukhwah saya UcapKan kePada Kalian. Semoga kita semua senantiasa berAda dalam PerLindunganNya, Sihat wal-Afiat serta diBerkati Ilahi, diRahmatiNya dan berWujud di dalam keRedhaanNya.

Jazakallaahu Khoiron Katsiiro, Wabaarokallaahu Fiikum, Wabillaahi Taufiq Wa Hidayah,


WASSALAAMU'ALAIKUM WAROHMATULLAAHI WABAROKAATUH.

Rabu, 9 Mac 2011

Urut Tradisionl


Make Glitter Text Make Glitter Text
Tak kenal maka tak cinta. Begitulah perumpamaan dalam rawatan urut ini. Ada org takut nak berurut kerana tak tahan geli, alasannya. Ada org tak nak urut lagi kerana sakit katanya. Ada org tak nak urut kerana takut gian katanya. Ada org tak nak urut kerana "tak kenal tukang urut berkenaan" katanya. Ada org tak nak urut kerana "doktor dah ada, bukan macam dulu" katanya. Ada org tak nak urut kerana doktor tak suruh urut katanya(kes terseliuh). Ada org tak nak urut "tak biasa urut" katanya. Dari persepsi diatas, bolehlah dianggap bahawa ramai rakyat 1Malaysia tidak peka dengan kaedah rawatan atau cara mengekalkan kesihatan mereka dengan cara berurut. Urutan ada pelbagai cara atau taktik, itu bergantung dengan fahaman;teknik dan kemahiran pengamal urut berkenaan. Apa yang penting tujuannya tercapai, iaitu berlaku kelancaran peredaran darah; lembut otot serta urat saraf; ternyah kesumbatan/angin/air/kolestrol maupun sel-sel mati, jika itu tercapai maka proses pemulihan akan berlaku. Bagi mereka-mereka yang pertama kali berurut memanglah terasa sakit, lebih-lebih lagi bagi mereka yang ada masalah kesihatan, reaksi demikian adalah tindak balas dari penyakit atau sistem dalaman. Kesakitan demikian cuma tindak balas awal sahaja, kerena ianya akan beransur hilang sedikit demi sedikit sebaik sahaja unsur-unsur penyumbat dapat dinyahkan. Ini bergantung dengan kepakaran dan kemahiran seseorang Tukang Urut. Tukang urut yang mahir biasanya mampu mempelbagaikan seni urut, kepakaran ini akan membuat pasien rasa selesa (sakit tapi nyaman). Rasa sakit akan hilang....selesai urut badan akan terasa ringan, bertenaga malahan aura akan terserlah dan terasa muda kembali. Berikut adalah teknik urutan yang saya amalkan:
Mengenali titik-titik punca sangatlah penting, kerana ianya mampu membantu perawat untuk mengesan punca penyakit. Pengetahuan ini seumpama nakhoda kapal (pd zaman silam) yang mengenal bintang-bintang dilangit untuk dijadikan pedoman ketika belayar pada waktu malam.

Memahami struktur badan itu sangat penting bagi setiap pengamal urut tradisional, kerena ia adalah pedoman untuk kita memahani struktur otot-otot yang kita urut. Pengamal urut umpama seorang nakhoda kapal (zaman silam), kemahiran dan kepakarannya terserlah dan dikagumi kerana pengetahuan luasnya tentang bintang-bintang dilangit sebagai pedoman ketika berlayar waktu malam. Dengan pemahamannya tentang bintang juga ia mampu meramal dengan tepat akan keadaan cuaca yang akan berlaku. Ia juga mampu membaca awan dan gejala angin dan keadaan gelombang yang akan berlaku, dan dengan permerhatian terhadap kelompok awan juga ia mampu mengesan dimana daratan. Demikianlah juga tukang urut, kita perlu tahu membeza yang mana otot dan yang mana urat dan yang sebagainya. Saya harap info-info yang akan saya bagi nanti akan dapat menambah pengetahuan kita mengenai struktur-struktur organ yang berkaitan. Anda boleh copy n paste atau print.
Dengan urut yang betul dan sentuhan yang tepat kearah trigger point yang bermasalah akan dapat mempercepatkan kelegaan dan kesembuhan pada sesuatu kesakitan. Mat saleh ini pelancung dari US mengalami ketegangan pada erector spinae, keadaan ini hampir membatal hasrat beliau untuk turut serta rombongan beliau keKK. Alhamdulillah, selepas saya urut kesakitan yang beliau alami hilang dan pulih kembali seperti sediakala.
Wanita yg di urut ini mengalami serangan angin ahmar/stroke.Selepas di urut 7 kali alhamdulillah dia pulih semula. Penyakit serangan angin ahmar sebenarnya dapat dirawat dan pulih kembali; dengan syarat mereka semasa terkena penyakit ini tidak pernah kena injeksen dan juga xray. Xray boleh menyebabkan sel-sel darah mati dan menambahkan lagi penyumbatan pada pembuluh darah, manakala injeksen akan menyebabkan otot-otot menjadi kaku dan menghalang peredaran darah dalam otot-otot yang terbabbit.
Urut Batin-Untuk urut batin tak perlulah urut kat anu..memadailah kita urut persekitarannya. Ini sama seperti kita menjaga pokok, pokok subur kerana akar-akarnya dapat membekal bekalan baja dan air yang cukup pada pokok berkenanan. Kesihatan anu adalah berpunca daripada kecukupan dan kelancaran darah sihat yang diperlukan oleh anu.




Koleksi gambar-gambar dibawah diharap dapat membantu menambah pengetahuan kita. Sila translate sendiri.





1 ulasan:

ivan berkata...

untuk video urut batin jaban urat dihapus ya pak di youtube?